Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu, mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi..Bahawasa nya kamu memang tak punya daya dan upaya..serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati..Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..Serta suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda..Bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati..Bukan untuk saling bercerai dan berperang angkat senjata..

Friday, August 13, 2010

Selamat Tinggal kawanku @ Dhuha,


Selama hampir 1 tahun aku kenali manusia bernama Dhuha Bt Shahrudin membuatkan aku rasa seperti aku ada kakak yang banyak membantu aku walaupun aku bukan adik kandung dia....Pasal aku takde kakak....Aku tak pernah kenal dia tetapi sejak dia masuk ke dalam department tempat aku bekerja aku senang dengan sikap dan keterbukaan hatinye...

Dlu sebelum dia masuk,aku sering dengar dia adalah orang yang teror tentang HSE, semua ilmu ada padanya dan hari ini aku sedar memang dialah orang itu. Kami baik,chentaku dan Auni juga kenal dengan Dhuha..Orang yang sangat di senangi oleh sesiapa sahaja dengan suaranya yang macam bebudak tu...tapi aku anggap dia tetap tua daripada suaranye itu..

Hari ini 13 Ogos 2010, Dhuha telah meletakkan surat letak jawatannye untuk berpindah ke tempat kerja baru yang akan bermula 15 Sept 2010..Aku sedih kehilangan dia tetapi aku harus sedar semua ini lumrah tok setiap rakan yang baik bagi semua umat di muka bumi ini..Walaupun sekejap kami bersama pelbagai ilmu telah aku pelajari dari Dhuha.Walaupun tak seberapa banyak tetapi aku tetap belajar daripada dia...

Maafkan aku andai aku ada salah dan silap selama ini,membuatkan hatimu tidak senang...Aku cuba memberi yang terbaik bagi setiap kawan2 aku dan tenyata kawan aku itu antaranya adalah engkau...Maaf andai selalu mencarut, tak terbayar sampai sekarang hutang2 aku pada kau sebab mencarut.....hehehehehe

Halalkan makan dan minum kita sesama....Aku ucapkan terima kasih pada kau memberi tunjuk ajar pada ku dan terutamanya buat HIRADC tok aku...Aku nak kau tahu,walaupun projek aku xperlu ada HIRADC tetapi atas setia dasar kawan aku membantu tok kau tinggalkan yang terbaik untuk company kita sekarang. Mudah-mudahan usaha kita akan di guna pakai tok generasi akan datang.

Janganlah lupakan kami di sini Dhuha, kami tak punya apa di sini...gunakanlah sebaik2 mungkin peluang di sana nanti...Kami akan ingat pada kau.

Pandu kereta hati-hati ye...jangan laju-laju.....Andai pasti akan ada jodoh tok kau nanti.

Salam sayang dan ingatan tulus ikhlas daripada rakan kau yang suka mencarut dan menyayangi kau ini

ZACK........

Jitra Kedah – Zoo Taiping Perak





08 Ogos 2010, tak terpikir dalam benak otakku nak bawa auni dan chentaku ke Zoo Taiping, Perak..Balik dari rumah ayah dan mak mertuaku sampai di Changkat Jering tup....tup...otak aku kata awal lagi nie jam baru pkul 1 tengahari...chong chentaku nak pergi zoo tak bawak auni...Chentaku memang suka berjalan...dia kata ok “yes”...tapi kereta aku masuk dah simpang ke lumut....Kata aku kita balik sajalah.....masam mencuka chentaku..hehehehehe

Entah macam mana boleh aku u-turn balik ke jalan menuju Taiping, Perak tok terus ke Zoo....hehehehehe...Memang dah lama nak pergi tapi tiada masa dan kesempatan.Tapi tak mengapalah niat hati nak gembirakan chentaku dan Auni....Auni ok..Sepanjang jalan tidor rasanya ok kot bila dah jalan di zoo nanti...Nak sangat pergi ke zoo yang semua orang cakap cantik dan best di dalam negara ini...Nasib tak ke Penang tengok adik aku Nisa, kalau tak memang tak adalah kesempatan. Nasiblah cha....Along call ko bepuloh kali tak jawab...

Tiket tidaklah terlalu mahal RM12 untuk mereka yang dewasa. Hakikatnya suasana di zoo ini amat terpelihara...credit untuk zoo ini...Haiwan yang dipelihara dalam keadaan baik dan sihat, cuma waktu siang kebanyakan tidor....Malas nak naik trem jalan kaki kami berdua. Auni naik stroller...Cuaca sangat baik tetapi agak panas...Nasib baiklah setiap kali kami berjalan jumpa dengan tempat rehat di sediakan...Alhamdulillah...

Nikkn DSLR D3000 aku amat memainkan peranan yang penting menentukan kali pertamanya aku menggunakan untuk “function” yang besar macam melawat zoo ini...Hakikatnya memang berbaloi aku dapat sejumlah gambar yang aku sendiri tidak percaya aku yang snap gambar tersebut....Tunggulah Auni besar nanti ayah ajak lagi auni pergi zoo...hhehehehehehe

Sampai di hujung perjalanan zoo untuk tengok binatang yang paling d best macam gajah,zirafah,unta,zebra,harimau.....alamak Auni buat hal...menagis sebab panas sangat...Kami terus balik...Kasian Auni berpanas sebab semata2 chentaku nak pergi zoo hahahahahahahah...

Walaupun sedikit hampa...tak dapat tengok binatang yan d best tapi best dan gumbiranya hati aku tetap lebih banyak dari yanh hampa tu...hehehehehehehehe.....”TAIPING WITH LOVE”....Bestnye tengok orang memadu kasih kat Tsik Taiping...rasa nak jugak hahahahahahahahahah

Tuesday, August 10, 2010

Jitra,Kedah – Padang Besar, Perlis




Kesempatan balik ke Kedah melawat orang tua pada 7 Ogos 2010, membawa kami menyelinap dan memborong sakan di Padang Besar yang aku anggap sebagai kawasan yang patut kamu semua lawati jika hidup di muka bumi ini hehehehehe...

Syurga beli belah barang tiruan keluaran siam atau lebih formalnye di panggil Thailand..Bagi mereka yang memang gilakan jersey team2 bola terkenal dan barang2 harian dan fesyen boleh datang ke sini...

Aku menyambar AON Man Utd kit merah dan untuk big bro John & Faizal Jersey Aon Man Utd putih dan Liverpool kit merah aku sambar.Semuanye disebabkan kecintaan kepada team memasing

Buat mama tilam Narita 2 jibik aku kurniakan nanti balik cuti puasa ke Johor..memang best....Tak lupa pulut ayam terkenal pasti membuatkan perut aku kenyang sebelum balik rumah

Padang Besar, Perlis memang best dan boleh buat anda giler sekejap hahahahahahahahaha...Auni dapat baju 2 bijik jenama luar negara kat padang besar RM25 jek...giler harga Anakku punyer baju macam tu (lebih kurang pun RM100)...memang berbaloi..kain lebih kurang.....

Wasalam...
Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu, mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi..Bahawasa nya kamu memang tak punya daya dan upaya..serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati..Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..Serta suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda..Bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati..Bukan untuk saling bercerai dan berperang angkat senjata..