Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu, mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi..Bahawasa nya kamu memang tak punya daya dan upaya..serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati..Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..Serta suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda..Bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati..Bukan untuk saling bercerai dan berperang angkat senjata..

Wednesday, February 29, 2012

Al-Fatihah buat boss......

Arwah di tengah..Sewaktu HSE Day

Kami sentiasa mengingatimu

Merasa bekerja di bawah arwah

Pagi ini pukul 6 lebih aku dapat sms dr Haidi (member) kata Hamsan Jaafar dah tiada lagi..Perasaan bercampur baur..terus bagun dari lena kejut wife btau HJ dah tiada..wife kenal dan pernah tengok HJ yang biasanya jadikan tempat sarapan pagi Roti Canai Kg. Sitiawan makin ramai..2 minggu lepas jumpa lagi HJ.

Tengok Hp sony Ashokh dan En Rahman PM lbih awal sms tapi Hp kat bilik belakang..Capai handphone terus col Dzul PM sah arwah meninggal pukul 4 pagi..Dzul beritahu pot mortem tak buat lagi utk sahkan apa punca dan akan dibawak balik ke Manjung dr Ipoh kemudian dikebumikan disini...Arwah pengsan haritu sb dapat tahu status FB update dr Dzul PM..Aku sangka takde ape tp Arwah lebih disayangi dr Maha Pencipta..

Awal perkenalan sebagai SPM utk projek Newfield banyak memberi aku tunjuk ajar..Seorang yang energetic,friendly,vocal dan focus pada kerja menjadikan dia antara SPM dan PM yang bagus dan baik dalam company..Firasat aku dia memang calon terbaik utk title MD tapi Allah S.W.T lebih mengasihinya.

Marah sebagai boss pekara biasa dan sememangnya apa yang diminta amat penting utk perjalan projek.Stress pada semua kerana kerja adalah lumrah dan bagaimana cara kita tempuhinya adalah berkaitan individu itu sendiri...Allah Maha Tahu..Berehatlah boss di sana menemui tuhanNYA...Al-Fatihah buat boss..Jasa boss akan saya kenang setiap masa....

Puisi Cinta Akustik - by Ajek Hassan

video

Krabat-Keinsafan

Lagu ni memang buat kita rasa nak mati kot...Tapi mesej memang terbaik..Rock2 tapi masih ingat tuhan yang 1....... video

Medley 14 lagu baik bangettt - by Ajek Hassan

video

3 Tahun yang menguji diri aku

Pemandangan Yard 5,10,12

Main Yard

Pejam celik pejam celik dah hampir kepada 3 tahun aku duduk di Perak apabila bertukar tempat kerja dalam company..Banyak dah rezeki yang aku dapat sejak kerja jadi mandor dulu sampai la ni jadi enginioor...

Dan selama tulah aku jauh dari family di Johor.nak buat camner dah kerja...Insyallah bagi aku 35 Insyallah aku balik ke kampung...Tg Bin baru sahaja col nk suruh interview Malakoff...Baliklah ke Pontian kalo ade rezeki....Tapi 1 jek rumah dah beli kat sni...so...aku sendiri pening da....

Kencana dari sekecik2 company dah jadi besar kat sitiawan ni..sempat jugak aku snap gambar masa blik kerja tengok skit kilang buat besi pasang sampai jadi siap seketul..Berjasa juga aku pada company sepanjang 8 tahun start aku kerja..Mak aiiii lamanya...mungkin aku kena blah dari sni cepat2...hehehe...

Sabar menanti

Saje gatal tangan update rumah baba version kampung dlm entry yang terdahulu.....yok kita jengah skit proses umah bapak n mak aku nie biler dah nak siap2 nie .....tak sabar nie...

Bahagia depan rumah















Mak aku yang xsabar2....sabar ye ma.....

Tuesday, February 28, 2012

Rumahku:Jalan dah tar

Lambat sangat rumah ni siap sepenuhnya tak sabar nak hapdet pasai rumah ni...mungkin bulan 5 kot cf kuar ape2pun jalan dah tar..aku up sikit gambar bagi korang tengok...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 20, 2012

Mengapa memiliki rumah pertama sangat sukar...Coz of Fucking Goverment...

Perumahan merupakan keperluan asas pengguna. Oleh itu, cadangan yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia untuk meningkatkan pendahuluan untuk membeli rumah daripada 5-10% kepada 20% akan menyusahkan pengguna Malaysia untuk memiliki rumah sendiri dan tidak sewajarnya diterima oleh kerajaan. Jika sebuah rumah bernilai RM100,000, maka pembeli terpaksa mengeluarkan RM 20,000 sebagai wang pendahuluan untuk membeli rumah tersebut. Sudah tentu ini akan menyusahkan pengguna daripada membeli rumah sendiri. Setiap pengguna berhak untuk memiliki tempat berteduh untuk diri dan keluarganya. Kerajaan harus menggalakkan pengguna membeli rumah untuk diduduki sendiri, dan bukan mengadakan peraturan yang menyulitkan mereka.Walaupun sebegitu, kita harus menyokong usaha untuk mengenakan bayaran pendahuluan yang lebih tinggi bagi pembeli rumah untuk tujuan mendapatkan keuntungan ataupun apa yang disebut sebagai spekulasi. Tindakan spekulasi telah menyebabkan harga rumah meningkat dan menyusahkan orang lain untuk membeli rumah untuk diri sendiri. Melalui spekulasi, orang tertentu boleh menjadi kaya, manakala orang lain yang ingin membeli rumah untuk kediaman diri akan mengalami kesusahan.Pada masa kini, walaupun pembeli rumah perlu hanya membayar 10% atau kadangkala hanya 5% sebagai pendahuluan untuk membeli rumah, institusi kewangan yang berkaitan akan menyelidiki latar belakang dan personaliti peminjam bagi memastikan bahawa mereka boleh membayar balik pinjaman tersebut. Dalam hal ini untuk mengelak pengguna daripada dianiaya oleh bank tersebut, Bank Negara sebagai pengawal (regulator) harus memastikan bahawa institusi kewangan tersebut hanya selidiki latar belakang bakal peminjam daripada sumber yang sah dan dikemas kini. Seringkali rujukan penyelidikan untuk mengetahui latar belakang peminjam dibuat sumber-sumber yang tidak sah dan data mereka tidak dilemas kini. Sebagai contoh seseorang yang pada masa dahulu telah membuat pinjaman, Namur disebabkan oleh hal yang tidak dapat dielakkan, telah gagal membayar balik pinjaman beliau pada masa yang ditetapkan. Hal ini telah menjadi rekod awam. Walau bagaimanapun, kemudiannya peminjam tersebut dapat menyelesaikan hutang tersebut dengan sepenuhnya. Tidakkah pengguna itu akan dianiayai, walaupun beliau telah selesai hutang, tetapi pihak yang mengendalikan rekod tersebut tidak mengemas kini datanya. Apabila datanya dirujuk oleh institusi kewangan, maka pengguna tersebut masih dianggap sebagai tidak boleh dipercayai atau credit risk dan menyebabkan permohonan beliau ditolak. Tidak dapat dinafikan bahawa pada masa kini, harga rumah di beberapa tempat seperti Lembah Kelang dan Pulau Pinang adalah terlalu tinggi sehingga menyebabkan golongan berpendapatan pertengahan sukar untuk membeli rumah. Satu sebab utama mengapa harga rumah adalah begitu tinggi adalah spekulasi – orang yang membeli rumah bukan untuk kediaman sendiri tetapi untuk menjual dan mendapatkan keuntungan yang besar. Amalan ini meningkatkan harga rumah secara mendadak.Kegiatan spekulasi ini mesti dikurangkan jikapun tidak boleh dihapuskan. Di Singapura, pengguna yang ingin membeli rumah yang kedua terpaksa membayar pendahuluan yang lebih tinggi serta membayar beberapa caj lain. Di negara China pula, bagi pembelian rumah yang kedua, pembeli terpaksa membayar 50% pendahuluan dan bagi rumah yang ketiga, pembeli terpaksa membeli dengan tunai. Tindakan-tindakan seperti ini telah meminimumkan spekulasi dan mengekalkan harga rumah pada paras yang mampu dibeli oleh orang lain.Jika diperhatikan iklan-iklan rumah di surat-surat khabar, kebanyakan rumah yang sedang dibina disasarkan kepada golongan kaya, Kadangkala harga yang minimum bagi kondominium adalah RM350,000. Sudah tentu pada harga ini, pengguna kelas pertengahan tidak mampu membeli dan memiliki rumah tersebut.Bagi pemaju projek perumahan, mereka ingin mendapatkan keuntungan yang berlebihan dengan membina rumah yang terlalu mahal. Sudah tentu sikap ini akan meminggirkan pengguna kelas pertengahan dan pekerja muda yang baru memasuki pekerjaan dan berhasrat untuk membeli rumah sendiri. Di peringkat persekutuan dan negeri, satu dasar dan peraturan harus digubal untuk memastikan bahawa terdapat agihan perumahan secara adil kepada semua golongan bagi memastikan hak untuk memiliki rumah dapat dinikmati oleh semua pengguna, dan bukannya untuk golongan kaya sahaja.Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan bahawa semua rakyat Malaysia mampu memiliki rumah. Dasar-dasar awam harus memastikan kaedah pembiayaan yang mudah bagi yang mereka yang layak dan kesediaan yang mampu dibeli oleh semua golongan, iaitu golongan miskin, kelas pertengahan dan kaya. Dengan itu hak perumahan untuk semua rakyat akan tercapai.Dato’ Paul Selva RajGabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

Basikal baru hadiah atuk...

Nilah hadiah atok utk cucunya yg 1st..Walau xpandai kayuh tapi sb dr Johor kedai apek jambatan,tiap2 hari auni bukan main sronok main basikal...


Kalo dlu aku masih ingat basikal aku kecik 1st atuk aku yang belikan...tah cmner boleh beli tapi setahu aku untung jadi cucu pertama ni sb aku pun cucu pertama atok aku dan anak aku auni cucu pertama baba...


Tah cmnr petang aku post blog ni bawak keliling taman pelangi boleh jatuh auni..berdarah bibir..nasib baik xde pe2 demah ais terus baik...


Memang orang kata kali pertama belajar basikal bukan nama belajar kalo tak jatuh...


Tq atok n baba belikan kami basikal...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, February 19, 2012

Buatmu Mama....Hafalan shalat Delisa....

Tah saja aku up ini video...sb aku.dah tgok citer dia kat astro pasal cinta 1 ibu pada anak2nya dan dalam masa yang sama kasih anak pada ibu....terjadi ketika tsunami datang melanda...entah kisah ni true story ke ape...tapi mmg meleleh air mata gak.r...sesuai tok aku tahu betapa pentingnya mama aku dalam hidup dn mak mertua aku...tak lupa baba aku dan abah aku gak....


Aku rasa korang kena tengok ini cerita...aku up skit video lagu syahdu buat mama aku dan seluruh ibu di dunia....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jolie aka My Bro No3

Isnin 6hb Feb 2012,tanda rasminya adik aku jolie menjadi tunang orang..rasanya sekelip mata adik2 aku ni dah jadi orang2 besar...tah berapa banyak terajang dan penampar diaorang kena gan aku..tp tu dulu waktu kecik2 skg dah besar mna ade lagi..dah tua ade otak...hahaha


Alhamdullilah dapat orang kulai atikah namanya..sesedap orangnya pada nama dan familynya yang baik..walaupun post agak lewat,aku xnak lepaskan saat2 indah kehidupan dalam kamus blog hidup aku ni...


Moga Jolie n tikah jadi orang yang lebih memahami n rasa syang dan cinta yang ada batasannya..Ingatlah bukan senang nak senang,dan bukan susah nak susah...


11kereta rombongan agak banyak kot tapi baba n mama tak jangka seramai itu dn dah nama fmily kenalah juga btau...dtg tak dtg lain kira tapi inilah lumrah hidup family kalo kita ingat family pasti ada akan ingat kita juga...


Makanan mak aiii jgn cakap,nak ape roti jala,asm pedas,sume ade tu blum + kat kulai khemah lagi..apa2 pun yang penat mak aku n wifey...yang lain hummmm.....waallah....


Apa2 pun rasa sedih,rasa gembira,trharu,dan mcm2 lagi tengok adik aku dh bertunang..Insyallah rumah baru kita bersanding ye jolie..n tikah...


Buat kak ain n abang ayie..tqvm datang..abg n akak mmg sempoi...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Rumah baba version kampung...

Lorong Bilal...Pt Semerah...Pontian Johor...Akhirnya hajat baba n mama nak ade rumah sendiri tercapai yang tak lama lagi siap..


Tak sabar nak tggu siap semua keluarga nak tengok rumah baba...baba orang susah membesarkan anak2 la ni anak2 dah besar barulah ade rumah sendiri..sedih tapi itulah gambaran family kami..kami bangga dengan mama yang selama ini menjaga kami siang dan malam..tanpa ade rasa penat pun..


Kami anak2 akan tetap menyanjung tinggi dan berada dibelakangmu..


Kalau cantik belakang rumah kasi buat pool mandi hahahaha...1hari nanti akan aku buat rumah disebelah tanah baba...Kami akan pulang 1hari nanti...


Gambar sekitar permulaan projek sehingga sekarang...kang2 semua buat kerja laju giler kot....yang bestnya mmg xde kderaan n depan ade warung power beb...sarap mama dah xperlu buat makan ajek kat luar hahahaha...jemputlah datang...AKU ANAK JOHOR...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Teratak pertama miliku...

Akhirnya apa jua ingin setiap insan miliki aku juga rasainya sekarang..Rumah Fasa 2B di Manjung telah aku beli..bermulalah fasa baru hidup aku sekeluarga...


Memang tuhan sentiasa mengurniakan segala nikmatNYA bagi setiap insan di muka bumi ini..Perit jerih terpaksa aku dan isteri harungi sebelum memiliki rumah ini..hanya tuhan sahaja yang tahu..


Entah bulan berapa boleh masuk kami tak tahu hanya tggu cf sahaja...rumah yang besar,dekat dengan kemudahan hospital,masjid dan sekolah adalah rancangan kami sebelumnya..tempat kerja 5 hgga 10 minit sampai...mari saksikan sedikit gambar rumah family kami ini...


Seminggu tah berapa kali kami.melawat hahaha tapi itulah hakikat bahawa inilah kehidupan kami..


Tuhan sahaja yang akan tentukan masa depan kami entah kami jual kami sewakan kerana faktor balik kampung itu tak pernah luntur..cuma kawasan manjung ni harga rumah mak aiiii..dasyat kottt...


Published with Blogger-droid v2.0.4
Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu, mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi..Bahawasa nya kamu memang tak punya daya dan upaya..serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati..Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..Serta suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda..Bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati..Bukan untuk saling bercerai dan berperang angkat senjata..