Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu, mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi..Bahawasa nya kamu memang tak punya daya dan upaya..serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati..Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..Serta suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda..Bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati..Bukan untuk saling bercerai dan berperang angkat senjata..

Sunday, March 25, 2012

Hampir Siap dah Rumah Baba & Mama

Bahagia Depan...Cantiknyer

Sisi Rumah...........

Nie kalo dapat baring nanti pehhhhh.....nyaman

Pakcik yang power...........

Rumah kampung hampir siap teruja sekali nak masuk mudah2han bulan 4 ni masukklah dan siaplah rumah baba dan mama..Jom tengok serba sedikit apa yang dah disiapkan setakat ini....

Tuesday, March 13, 2012

Selamat Tinggal Boss..Tq Very Much



13hb March 2012 adalah farewell dinner buat bos HDE Dept yang akan meninggalkan kami semua,N.Asogan akan mencari green baru buat dirinya...



Susah payah 3tahun bersama adalah 1pembelajaran n skill dpd beliau tok aku..boss yang xbossy,vocal,PR yang bagus,tegas dan byak protect kami anak buah di company..



Kalo nak dihitung tah brapa banyak rokok dia pow..tp xde masalah sbb beliau mmg byk curah ilmu dan bg sokongan bla aku perlukan utk projek...



Farewell dinner mmg 1 yang menyedihkan tapi itulh lumrah mnusia ada pergi dan ada datang..setelah kerja keras dan survivor dlm company tentu dia ade citer2 dia sndiri..



Dia bg kbebasan utk aku make decision n independant adalah bermaksud dia percaya aku boleh buat utk tugas aku..



Sempat salam pada farewell dinner dia beritahu aku mcm politician..hehehe bangga sekejap..lalu aku jawab balik zack ttp zack hahaha..Nway tq bos jaga kami,naikkan gaji kami walaupun bukn dia naikkn tp on his advise to mngmnt..bos tahan saya dulu skg bos pulak nak pergi ahahaha....



Boss selamat berjaya dalam hidup dan kami akan ingat boss..samade aku akan pergi meninggalkan company atau ada lagi waalahualam....Terina kasih boss..shake hand...ade lubang2 kosong tarik saya boss hahaha



Gambar sekitar dinner farewell boss di restoren area marina cove hotel (makan xbpe sdap)hehehe...Bos baru Mr.Dinesh...anyway welcome n lets roll out....



Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 11, 2012

Selamat Pengantin Baru..Big Bro Ijal





Ucapan selamat pengantin baru buat brader Ijal dengan pasangannya Naziha apabila selamat disatukan pada 11hb Mac 2012 di Taman Meru Makmur,Jln Kasban, Meru Klang Selangor...

Dalam mencari rumah yang payah dpat jugak ketemu big bro ijal biarpun gps aku salah dan yang betulnye arahan wifey tapi tulah kesusahan nak datang ke majlis bro Ijal namun perasaan gembira akhirnya khawin gak dia..

Hujan rahmat turun, tapi kami still support bro...Moga jadi yang terbaik dan kekal selamanya..Bro gambar lu gua up gah pakai lipstik boleh kan hahahahaha.....

Gambar Keluarga



Gambar sempat aku ambil untuk keluarga besar family wifey...Razak's family memang jarang dapat berkumpul lengkap semuanya...tapi gambar pagi 11hb March 2012 di rumah abang memang lengkap family kami...Tey amik gambar memang ok..rasa nak buat besar2 kemudian posted kat wall rumah baru hehehehe.....

Saturday, March 10, 2012

Family Gathering..

Sekian kali kami susah nak berkumpul suma adik beradik sbb masing2 sibuk..Alhamdulillah party hjadi mak lewat ttp abg pit dan kak ajar wat..kek tertonggeng oleh alip ttp selera memasing,sate n kfc..suasana mmg gempak dan riuh rendah..terutama si manis auni n tag team akil n alip..rindu suasana gni..tok n miera bingung skjp tengok family..kak ain due bulan 4 n bang ayie makin hitam sb dok kat site...selamat hjadi mak walupun lewat....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 7, 2012

Plaster siling design



Rasa macam nak buat lah pulak tapi tak tahu mahal sgat ke sedang2....Tapi nak yang ringkas and modern...so nilah design yang menjadi pilihan aku....tapi aku prefer yang 1st tapi xnak ade lonkang2 sebab nanti jadi tempat simpan habuk........

Monday, March 5, 2012

Tips masuk rumah baru..#2

Mula2 kita kene baca dulu ar doa masuk rumah..

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon akan Dikau kebaikan rumah ini, dan kebaikan yang ada di dalamnya. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan rumah ini, juga kejahatan yang ada di dalamnya. Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekian alam.

Doa ni kene baca sekali atau 3 kali sebelum masuk rumah, selepas menepuk satu/dua blah bahagian pintu pintu. Tiup ke dalam rumah dan beri salam dengan kuat.
Source: aten10
Lepas tu boleh kita amalkan seperti yg di bawah ni plak..
1) Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

2) Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3) Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

4) Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5) Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.


Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

My future dining room


Tetiba dapat ilham untuk dining room yang ada cermin dan meja console...Ibu kita buat dining room macam nie nak tak???hehehehe

Sunday, March 4, 2012

Tips masuk rumah baru..

PERALATAN yang diperlukan... semasa check defect rumah...

1. Masking tape - tape yang kaler putih/cream tu... kalau ader retak ke, terus lekat dan tanda..
2. Marker Pen - merah pun ok.. senang nampak tulis nombor dan problem atas masking tape...
3. Kertas A4 - tulis kan senarai defect tu dengan nombor dan lokasi sekali... nanti senang nak cari...
4.


AIR
===
1. Pastikan semua meter air ada... semua kepala paip, shower tu dan benda² yang sewaktu dengannya ada...
2. Tutup semua kepala paip... pastikan sambungan betul takder, yang tercabut/longgar...
3. Buka air kat meter... biar air masuk tangki sampai penuh... Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu...
4. Bila air dah penuh dalam tangki.... bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tak... paip bocor sebelum sampai ke tangki..
5. Check air kat semua bilik air... test satu persatu....
6.



ELEKTRIK
=======
1. On kan main suis... kemudian on kan suis fius( suis yg kecik & banyak tu, tak tau nama) tu satu persatu...
2. Test Soket 3-pin tu satu persatu... guna tester atau lampu tidur kecik tu pun bleh...
3.


TILES
====
1. Check satu persatu tile dalam rumah tu... kena ketuk, kalau bunyi kosong... pecahkan saja, minta pemaju tukar...
2. Kalau ader yang pecah sikit atau retak... minta tukar juga...
3. Kena check kat semua tempat, kat bawah sink/wash basin dan tempat tersorok...
4.


PINTU & KUNCI
===========
1. Tukar semua kunci depan dan belakang...sebab keselamatan, maybe dah diduplicate..
2. Tukar pintu belakang, pintu plywood tu tak leh caya... guna kunci yang ok skit.. double lock...
3. Kalau tak tukar main gate, make sure gate tu tak boleh diangkat/cabut pada ensel tu...
4. Sliding door... pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang...letak pada rel sliding tu supaya tak leh tolak drp luar...
5. Grill ikut budget laa... tapi make sure kunci dia yang double lock...
6.

ADAB & DOA
=========
1. Boleh baca doa yang biasa tu...


"Bismillahi walajnaa wa bismillahi kharajnaa wa-alallaahi rabbina tawak-kalnaa"
Dengan nama Allah kami masuk rumah, dengan nama Allah kami keluar rumah, serta kepada-Nya kami berserah diri

2. Baca bismillah & beri salam ketika masuk...
3. Niat masuk rumah untuk berlindung/beribadah kerana ALLAH.. tawakkal kpd ALLAH..
4. Azan di setiap sudut atau bilik dalam rumah..
5. Baca Surah Al Baqarah ayat 1 sampai habis.. "Sesungguhnya Syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibaca surat Al Baqarah."
6. Amalkan bacaan ayat² al quran, yassin dan solat berjemaah satu family... ayat kursi juga..
7. Sebelum masuk bleh buat solat jemaah/solat hajat mohon perlindungan ALLAH..
8. Buat kenduri kesyukuran dan jamulah fakir miskin & anak yatim... bukan party nie..

Saturday, March 3, 2012

Mainan baru auni...

Hari nie bila pergi pasar malam giant nampak permainan ni..syok sb ape dlu aku kcik2 ade mainan ni tapi penguin roda skg pakai magnet...auni bukan main sronok lg dapat..tp ape2 pun toys ni mmg mengimbau kenangan kecik2 dulu...


Published with Blogger-droid v2.0.4
Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu, mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi..Bahawasa nya kamu memang tak punya daya dan upaya..serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati..Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..Serta suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda..Bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati..Bukan untuk saling bercerai dan berperang angkat senjata..