



Rumah kampung hampir siap teruja sekali nak masuk mudah2han bulan 4 ni masukklah dan siaplah rumah baba dan mama..Jom tengok serba sedikit apa yang dah disiapkan setakat ini....
13hb March 2012 adalah farewell dinner buat bos HDE Dept yang akan meninggalkan kami semua,N.Asogan akan mencari green baru buat dirinya...
Susah payah 3tahun bersama adalah 1pembelajaran n skill dpd beliau tok aku..boss yang xbossy,vocal,PR yang bagus,tegas dan byak protect kami anak buah di company..
Kalo nak dihitung tah brapa banyak rokok dia pow..tp xde masalah sbb beliau mmg byk curah ilmu dan bg sokongan bla aku perlukan utk projek...
Farewell dinner mmg 1 yang menyedihkan tapi itulh lumrah mnusia ada pergi dan ada datang..setelah kerja keras dan survivor dlm company tentu dia ade citer2 dia sndiri..
Dia bg kbebasan utk aku make decision n independant adalah bermaksud dia percaya aku boleh buat utk tugas aku..
Sempat salam pada farewell dinner dia beritahu aku mcm politician..hehehe bangga sekejap..lalu aku jawab balik zack ttp zack hahaha..Nway tq bos jaga kami,naikkan gaji kami walaupun bukn dia naikkn tp on his advise to mngmnt..bos tahan saya dulu skg bos pulak nak pergi ahahaha....
Boss selamat berjaya dalam hidup dan kami akan ingat boss..samade aku akan pergi meninggalkan company atau ada lagi waalahualam....Terina kasih boss..shake hand...ade lubang2 kosong tarik saya boss hahaha
Gambar sekitar dinner farewell boss di restoren area marina cove hotel (makan xbpe sdap)hehehe...Bos baru Mr.Dinesh...anyway welcome n lets roll out....
Sekian kali kami susah nak berkumpul suma adik beradik sbb masing2 sibuk..Alhamdulillah party hjadi mak lewat ttp abg pit dan kak ajar wat..kek tertonggeng oleh alip ttp selera memasing,sate n kfc..suasana mmg gempak dan riuh rendah..terutama si manis auni n tag team akil n alip..rindu suasana gni..tok n miera bingung skjp tengok family..kak ain due bulan 4 n bang ayie makin hitam sb dok kat site...selamat hjadi mak walupun lewat....
Doa ni kene baca sekali atau 3 kali sebelum masuk rumah, selepas menepuk satu/dua blah bahagian pintu pintu. Tiup ke dalam rumah dan beri salam dengan kuat.
Source: aten10
Lepas tu boleh kita amalkan seperti yg di bawah ni plak..
1) Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.
2) Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
3) Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)
4) Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5) Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.
Hari nie bila pergi pasar malam giant nampak permainan ni..syok sb ape dlu aku kcik2 ade mainan ni tapi penguin roda skg pakai magnet...auni bukan main sronok lg dapat..tp ape2 pun toys ni mmg mengimbau kenangan kecik2 dulu...