Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu, mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi..Bahawasa nya kamu memang tak punya daya dan upaya..serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati..Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..Serta suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda..Bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati..Bukan untuk saling bercerai dan berperang angkat senjata..

Sunday, April 29, 2012

Kesilapan dalam mendidik anak-anak...



Info menarik. peringatan untuk diri sendiri juga.....
1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

"Selamat Hari Pekerja".

Entah kenapa hari ini rasa hendak menulis entry pasal kerja.Esok adalah 1 Mei 2012 atau lebih sinonim dengan datangnya hari cuti Hari Pekerja tetapi still di tempat kerja ada juga yang bekerja.Bekerja tidak akan kisah pada hari apa sahaja pasti jika ada disitu namanya gaji bagilah hari apa,pasti ada pekerja."SELAMAT HARI PERKERJA" bagi seluruh pekerja di negara MALAYSIA ini.Negara yang di yakini selamat tetapi tempoh hari BERSIH 3.0 rally benar2 membimbangkan..Adalah memorandum nya itu buat aku percaya perlunya ada tindakan pembetulan pada tampok kerajaan tetapi rally itu yang banyak berkesudahan dengan vandelisme dan porak peranda memberi tanda semuanya politik benar2 menjahanamkan setiap manusia.

Setiap kerja pasti ada kesudahan samada baik atau tidak.8 tahun aku rasakan aku memberikan 110% pada setiap kerja aku.Tidak pernah aku gagal dalam melaksanakan setiap tugasan dan arahan yang datangnya dari company,client dan boss.8 tahun juga aku melihat walaupun tidaklah hidup aku senang sangat tetapi apa yang wife dan anak aku perlukan dan setiap itu kehendak mereka dapat aku turuti.Company besar akan tetap utuh sekiranya dan andainya setiap pekerjanya gembira tidak pada tumpuan kerja tetapi tumpuan yang mereka beri pada individu dalam keluarganya sendiri begitu juga aku utk family kedah dan Johor,wife dan anak kerana itu semua berkait rapatnya dengan kerja yang ingin mereka lakukan.

8 tahun memberi cabaran senang,susah,sedih,manis, takut dan sebagainya utk aku pelajari dalam dunia ini..Semangat member yang pernah bekerjasama pasti membangkitkan perasaan dan rasa cinta terhadap kerja.Rumah,kenderaan dan pakaian adalah asas hidup dan itu telah aku tunaikan..tentang agama pasti ade yang boleh diperbaiki..Kita umatnya tidak pernah sempurna tetapi mencari untuk menjadi yang sempurna itu sesungguhnya sukar.

Kecerian di dalam family ketika pasangan meraka keluar utk bekerja kan pasti membolehkan fokus di dalam kerja.Kesedihan di dalam hidup pasti akan hilang bila kita memikirkan kegembiraan di dalam hidup.Manusia akan menghadapi mati dan aku rasa aku tidak cukup lengkap tetapi aku bersedia jika samapi ajalnya.Mahu merubah hidup patut ada pada setiap orang.Hijrah pada sesuatu yang lebih baik itu dituntut agama. Moga entry kali ini berkaitan hidup dan kerja membuatkan kita lebih mendalami diri kita bahawa manusia boleh menjadi pekerja yang baik dan juga pasti mampu untuk menjadi insan yang baik pada agama,family,rakan2 dan negara.


"Selamat Hari Pekerja" pada semua.Kerja bukan hanya pada gaji tetapi keluar dari kepompong hidup utk bermasyarakat,bersosial,bergembira dan paling utama keselamatan dan kesihatan anda harus sentiasa terjaga.

Friday, April 27, 2012

Progress rumah bulan 4 2012

Alhamdulillah pagar dah pasan,toilet dh siap,rail tangga dah siap...tapi tah dapat duduk atau tak aku tahu..Insyallah kalo xdapat duduk sewakan bagus juga..Petronas panggilah aku cepat...aku tunggu nie...lambatnye...No 394 dah ade depan pagar tu....adakah itu no rumah aku....




















- Posted using BlogPress from my iPad

My Anniversary yang ke-3


25 April 2012 genaplah 3 tahun anniversary gn wifey...I luv u babe...U r my superwomen.....bagi rumah baru dah lah ehhhh...xde hadiah....




- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, April 26, 2012

Aydan B Fakrul Adli

19hb balik dari kampung di Johor abang ayie col kak ain dah bersalin pukul 11.30pagi,




kami jenguk sebentar di Teluk Intan..Alhamdulillah lahirny umat manusia di muka bumi ini...Tahniah cahaya mata pertama abg dan kak ipar aku...3rd sepupu pada auni dan yang ke 3rd jugak anak sedara?
Moga menjadi anak yang soleh dan baik ye Aydan...
Aydan fresh from oven hahaha...Kebetulan 19 hb april adalah hari cuti sultan perak...hehehe kebetulan betul..

Location:Hospital Teluk Intan

Kampung Baruku..Villa Adela 40,Lorong Bilal Pontian

15 hingga 19 april 2012,kami pulang ke Johor jenguk mama dan baba n family yang dah berpindah ke rumah baru yang mereka bina pada bulan 2..cepat bebenar rasanye siap dan kami xsabar nak balik.jejak kaki baca bismillah masuk ke pintu memang memberi rasa gembira lihat cantiknye rumah ni...

Alhamdulillah 10 dan 11 april 2012 harijadi baba dan mama tarikh masuk ke rumah baru.kira macam hadiah harijadi lah hehehe..kami balik terpaksa tolong pindahkan lagi barang tah berapa trip tah tak tahu..nasib ade lori member baba..tapi lagi kesian family yang sbelumni pindah banyak trip.

Yang banyak barang mama..Nilah gambar pindah2 dan sikit gambar rumah baru...Auni pun tolong sama hahaha tolong sebok jek hehehe...LOLA kucing angah n uda habis dilunyai dek auni...yok tengok















Nak tengok ha....ni power baba punyer set golf plus adik2 aku pyer...mainye dah xde lagi..saje posing


Nk tgok auni tolong ha...ni si auni tolong kacau n tolong sibok


















Lola baru kena belasah dgn Auni hahaha...

Malam di kampung baru kami penat2 pun wat BBQ..1 kemestian setiap kali blik kampung...Siap rasmi meja panjang baba siap ade satay n otak2 kempas lagi...power bebe




















Angah yang power..Belakang rumah port terbaik buat BBQ..

Rasa nak balik lagi...Jom...
Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu, mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi..Bahawasa nya kamu memang tak punya daya dan upaya..serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati..Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..Serta suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda..Bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati..Bukan untuk saling bercerai dan berperang angkat senjata..