Setiap kerja pasti ada kesudahan samada baik atau tidak.8 tahun aku rasakan aku memberikan 110% pada setiap kerja aku.Tidak pernah aku gagal dalam melaksanakan setiap tugasan dan arahan yang datangnya dari company,client dan boss.8 tahun juga aku melihat walaupun tidaklah hidup aku senang sangat tetapi apa yang wife dan anak aku perlukan dan setiap itu kehendak mereka dapat aku turuti.Company besar akan tetap utuh sekiranya dan andainya setiap pekerjanya gembira tidak pada tumpuan kerja tetapi tumpuan yang mereka beri pada individu dalam keluarganya sendiri begitu juga aku utk family kedah dan Johor,wife dan anak kerana itu semua berkait rapatnya dengan kerja yang ingin mereka lakukan.
8 tahun memberi cabaran senang,susah,sedih,manis, takut dan sebagainya utk aku pelajari dalam dunia ini..Semangat member yang pernah bekerjasama pasti membangkitkan perasaan dan rasa cinta terhadap kerja.Rumah,kenderaan dan pakaian adalah asas hidup dan itu telah aku tunaikan..tentang agama pasti ade yang boleh diperbaiki..Kita umatnya tidak pernah sempurna tetapi mencari untuk menjadi yang sempurna itu sesungguhnya sukar.
Kecerian di dalam family ketika pasangan meraka keluar utk bekerja kan pasti membolehkan fokus di dalam kerja.Kesedihan di dalam hidup pasti akan hilang bila kita memikirkan kegembiraan di dalam hidup.Manusia akan menghadapi mati dan aku rasa aku tidak cukup lengkap tetapi aku bersedia jika samapi ajalnya.Mahu merubah hidup patut ada pada setiap orang.Hijrah pada sesuatu yang lebih baik itu dituntut agama. Moga entry kali ini berkaitan hidup dan kerja membuatkan kita lebih mendalami diri kita bahawa manusia boleh menjadi pekerja yang baik dan juga pasti mampu untuk menjadi insan yang baik pada agama,family,rakan2 dan negara.
No comments:
Post a Comment