Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu, mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi..Bahawasa nya kamu memang tak punya daya dan upaya..serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati..Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..Serta suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda..Bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati..Bukan untuk saling bercerai dan berperang angkat senjata..

Tuesday, June 8, 2010

TAMAN PELANGI - KOTA BAHRU, KELANTAN











Tidak pernah aku impikan akan menjejakkan kaki ke kelantan...Dulu ku hanya sekadar melihat fotoku bersama family di Tasik Banding ketika darjah 5 atau 6 bercuti di sana sekarang aku sendiri membawa family ku ke sana.....Tapi aku mencari di pokok mana aku bergambar di Tasik Banding itu aku tidak dapat mengenal waktu aku tiba sekarang.......Alangkah indahnya memori....

05 June 2010 tepat jam 5pagi kami memulakan perjalanan ke penang untuk berjumpa abah dan emak serta rombongan meminang tok adik mie ke kelantan. Perjalanan menemui rombongan di rumah cik man di Bertam.Perjalanan dengan pagi2 yang dingin serta jalanraya yang tenang membuatkan kami tiba sekitar 7 pagi di sana...Perut yang lapar membuat kami selera dengan masakan mak su...8 lebih kami memulakan perjalanan keluar dari bertam ke lunas dan seterusnya mennghala ke Gerik...3 biji kereta adik mie bersama tok dan meira, cik man sekeluarga dan aku tenang melalui jalan yang sarat dengan kenderaan kerana bercuti agong birthday..hehehehe Mak abah dan ajim yang menumpang agak gembira dan rancak berbual dengan kami almaklumlah jarang berjumpa...

Mak gembira dapat bertemu auni dan anaknya, chentaku...Penat mendaki kami berhenti sebentar di Caltex Grik menghilangkan lenguh2 badan dan seterusnya meneruskan perjalanan dan berehat sebentar tok makan tengahari di Tasik banding..Persinggahan kami turut sama disertai Pak Lang Halim serta rakannye yang melalui jalan Baling ke sini...Kedatangan kami tok makan disertai dengan pemandangan indah dari kaki bukit Tasik Banding...Nasi kerabu tok,pulut kuning,nugget,ayam goreng,sotong ball suma ada...Melantaklah kami hehehehe

Konvoi yang tak macam konvoi memasing jalan xikut sesama memnemukan kami di bukit bunga di jeli untuk solat zohor jamak asar sama....Akhirnya kami tiba di Kota Bahru sekitar jam 4 setengah...

Kami terus ke Pasar Besar Siti Khadijah untuk bershoping dalam penat..Abah ke Mydin membeli yasin murah katanya untuk mak lang di Kedah dan aku serta chentaku berbelanja keropok dan chiffon di pasar besar.Sempatlah beli beberapa tok family di johor.

Kami meneruskan perjalanan ke "Aina Guest House" sekitar PCB Pantai Cahaya Bulan tempat untuk kami menginap...Sebelum sampai abah bertanya nak singah PCB tak???Kita makan ROJAK bersalut tepung....Memang kerana kami lapar macam2 kami melantak disana Sata,Nyok dan lelain....memang best.PCB mak aiiiii ramai orang giler babi.....
heheheheehe

Penat bukan kepalang kami terus ke guest house berehat....mak aiiii bilik suma macam penuh gn snak sedara yang dah sampai dlu...Mak abah ambil lagi 1 bilik alhamdulillah walaupun sempit kami tido selesa malam tu...Auni memang xsedar pe2 pasai dia pun penat sama....Lega dah sampai....

Esoknya, pagi chentaku demam....tapi alhamdullilah dia kembali bertenaga pas makan ubat...Sekitar jam 11 06 June 2010 kami ke rumah mieza bakal tunang dik Mie...Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.....Tahniah kepada Dik Mie...
Makan pun sedap kat rumah mieza hahahahahah......

Habis acara kami berpecah, semua pulang ke kedah dan Penang, tetapi kami ke rumah Umi dan Awe' mak dan abah kak Ajar (Kakak iparku) yang berasal dari kelantan...Daerah Gunong...Kampung Bukit Bator Bachock....

Tak aku sangka diorang memang peramah...abg long yang aku rasa ngam gn dia pasai dia penah dok johor...ngah lembut heheheheh dan faiz yang handsome.....semua ialah abang dan adik2 kak hajar.....baik2 belaka...Umah pakai air telaga...memang sejuk giler..rumah siang hari panas tapi bla malm mak ai....Terima kasih bagi kami makan ayam percik,ikan bakar yang kita sesama pangang kat luar...Aku yang panagan gn bang long malam tu...Last2 malam tu kami tido kekenyangan....Alhamdulillah tercapat hasrat abah makan ikan beli kat tok bali hingga ke kuala besut....Sempat aku beli koropok losong...baru aku tahu kehidupan mereka cmner....Memang best orang kelantan sebenarnya pada aku.....Terima kasih bang long bawak aku dn abah carik ikan gn keropok samapai ke kuala besut...

Esoknya 8 pagi kami memulakan perjalanan pulang...Alhamdulilah jalan raya lancar..Aku memandu seorang...Kesihan abah penat....Kami bergambar di Titi Wangsa titik paling tinggi...Sejuk benar dia atas tu......

Kami tiba di penang untuk berpisah sekitar jam 2 lebih dan tiba di taman Pelangi jam 5 lebih...

Syukur perjalanan kami selamat dan Auni xbanyak meragam......Kelantan terima kasih.....Kelantan oh Kelantan...........Rindu pada Bang Long......

No comments:

Post a Comment

Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu, mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi..Bahawasa nya kamu memang tak punya daya dan upaya..serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati..Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..Serta suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda..Bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati..Bukan untuk saling bercerai dan berperang angkat senjata..