Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu, mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi..Bahawasa nya kamu memang tak punya daya dan upaya..serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati..Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..Serta suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda..Bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati..Bukan untuk saling bercerai dan berperang angkat senjata..

Monday, February 20, 2012

Mengapa memiliki rumah pertama sangat sukar...Coz of Fucking Goverment...

Perumahan merupakan keperluan asas pengguna. Oleh itu, cadangan yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia untuk meningkatkan pendahuluan untuk membeli rumah daripada 5-10% kepada 20% akan menyusahkan pengguna Malaysia untuk memiliki rumah sendiri dan tidak sewajarnya diterima oleh kerajaan. Jika sebuah rumah bernilai RM100,000, maka pembeli terpaksa mengeluarkan RM 20,000 sebagai wang pendahuluan untuk membeli rumah tersebut. Sudah tentu ini akan menyusahkan pengguna daripada membeli rumah sendiri. Setiap pengguna berhak untuk memiliki tempat berteduh untuk diri dan keluarganya. Kerajaan harus menggalakkan pengguna membeli rumah untuk diduduki sendiri, dan bukan mengadakan peraturan yang menyulitkan mereka.Walaupun sebegitu, kita harus menyokong usaha untuk mengenakan bayaran pendahuluan yang lebih tinggi bagi pembeli rumah untuk tujuan mendapatkan keuntungan ataupun apa yang disebut sebagai spekulasi. Tindakan spekulasi telah menyebabkan harga rumah meningkat dan menyusahkan orang lain untuk membeli rumah untuk diri sendiri. Melalui spekulasi, orang tertentu boleh menjadi kaya, manakala orang lain yang ingin membeli rumah untuk kediaman diri akan mengalami kesusahan.Pada masa kini, walaupun pembeli rumah perlu hanya membayar 10% atau kadangkala hanya 5% sebagai pendahuluan untuk membeli rumah, institusi kewangan yang berkaitan akan menyelidiki latar belakang dan personaliti peminjam bagi memastikan bahawa mereka boleh membayar balik pinjaman tersebut. Dalam hal ini untuk mengelak pengguna daripada dianiaya oleh bank tersebut, Bank Negara sebagai pengawal (regulator) harus memastikan bahawa institusi kewangan tersebut hanya selidiki latar belakang bakal peminjam daripada sumber yang sah dan dikemas kini. Seringkali rujukan penyelidikan untuk mengetahui latar belakang peminjam dibuat sumber-sumber yang tidak sah dan data mereka tidak dilemas kini. Sebagai contoh seseorang yang pada masa dahulu telah membuat pinjaman, Namur disebabkan oleh hal yang tidak dapat dielakkan, telah gagal membayar balik pinjaman beliau pada masa yang ditetapkan. Hal ini telah menjadi rekod awam. Walau bagaimanapun, kemudiannya peminjam tersebut dapat menyelesaikan hutang tersebut dengan sepenuhnya. Tidakkah pengguna itu akan dianiayai, walaupun beliau telah selesai hutang, tetapi pihak yang mengendalikan rekod tersebut tidak mengemas kini datanya. Apabila datanya dirujuk oleh institusi kewangan, maka pengguna tersebut masih dianggap sebagai tidak boleh dipercayai atau credit risk dan menyebabkan permohonan beliau ditolak. Tidak dapat dinafikan bahawa pada masa kini, harga rumah di beberapa tempat seperti Lembah Kelang dan Pulau Pinang adalah terlalu tinggi sehingga menyebabkan golongan berpendapatan pertengahan sukar untuk membeli rumah. Satu sebab utama mengapa harga rumah adalah begitu tinggi adalah spekulasi – orang yang membeli rumah bukan untuk kediaman sendiri tetapi untuk menjual dan mendapatkan keuntungan yang besar. Amalan ini meningkatkan harga rumah secara mendadak.Kegiatan spekulasi ini mesti dikurangkan jikapun tidak boleh dihapuskan. Di Singapura, pengguna yang ingin membeli rumah yang kedua terpaksa membayar pendahuluan yang lebih tinggi serta membayar beberapa caj lain. Di negara China pula, bagi pembelian rumah yang kedua, pembeli terpaksa membayar 50% pendahuluan dan bagi rumah yang ketiga, pembeli terpaksa membeli dengan tunai. Tindakan-tindakan seperti ini telah meminimumkan spekulasi dan mengekalkan harga rumah pada paras yang mampu dibeli oleh orang lain.Jika diperhatikan iklan-iklan rumah di surat-surat khabar, kebanyakan rumah yang sedang dibina disasarkan kepada golongan kaya, Kadangkala harga yang minimum bagi kondominium adalah RM350,000. Sudah tentu pada harga ini, pengguna kelas pertengahan tidak mampu membeli dan memiliki rumah tersebut.Bagi pemaju projek perumahan, mereka ingin mendapatkan keuntungan yang berlebihan dengan membina rumah yang terlalu mahal. Sudah tentu sikap ini akan meminggirkan pengguna kelas pertengahan dan pekerja muda yang baru memasuki pekerjaan dan berhasrat untuk membeli rumah sendiri. Di peringkat persekutuan dan negeri, satu dasar dan peraturan harus digubal untuk memastikan bahawa terdapat agihan perumahan secara adil kepada semua golongan bagi memastikan hak untuk memiliki rumah dapat dinikmati oleh semua pengguna, dan bukannya untuk golongan kaya sahaja.Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan bahawa semua rakyat Malaysia mampu memiliki rumah. Dasar-dasar awam harus memastikan kaedah pembiayaan yang mudah bagi yang mereka yang layak dan kesediaan yang mampu dibeli oleh semua golongan, iaitu golongan miskin, kelas pertengahan dan kaya. Dengan itu hak perumahan untuk semua rakyat akan tercapai.Dato’ Paul Selva RajGabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

No comments:

Post a Comment

Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu, mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi..Bahawasa nya kamu memang tak punya daya dan upaya..serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati..Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..Serta suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda..Bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati..Bukan untuk saling bercerai dan berperang angkat senjata..